Antara individu yang dibenarkan untuk mengundi pos adalah pegawai SPR yang bertugas, Polis & Tentera yang bertugas semasa hari pengundian, pelajar & anggota perkhidmatan
awam yang bertugas di luar negara.
SPR baru-baru ini menyatakan "Kita sedang dalam perancangan untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada terutama panggunaan undi pos kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada pelajar, penjawat awam mahupun pekerja swasta.
Menerusi undang-undang pilihan raya sedia ada, hanya dua kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak menggunakan sistem undi pos iaitu penjawat awam dan golongan pelajar.
Rasionalnya seperti anggota tentera tidak sesuai jika mereka keluar dari
kem untuk mengundi bersama pengundi-pengundi awam pada hari mengundi. Kerana mereka
perlu bertugas pada hari mengundi untuk menjaga keselamatan perjalanan pilihan raya,
mengurus lalu lintas dan ketenteraman awam.
Namun pengundian secara pos ini sebenarnya kadang kala menimbulkan
prasangka yang buruk kerana ia terdedah kepada risiko ketidaktelusan
pihak-pihak berkepentingan, dan ia juga menjadi modal untuk mengkritik pihak
kerajaan.