Monday, December 17, 2012

Lawatan ke Perak

Pada Semester ini, Lawatan Pengajian Malaysia telah diadakan dengan melawat Negeri Perak Darul Ridzuan pada Tarikh 18-19 April 2013 iaitu selama 2 hari. Lawatan ini melibatkan seramai 35 orang pelajar semester 5 KPMBP, iaitu menggabungkan pelajar DIA dan DLM dengan pemilihan pelajar melalui pencapaian markah tertinggi kuiz 1,2,3 mengikut kumpulan masing-masing.
Pengiring adalah seramai 3 orang termasuk jurukamera iaitu saya Ahmad Khairi Bin Mohd, Nurul Husna Binti Abdul Manap dan Iskandar Zulkarnain bin Mazlan, Lawatan Di Perak telah bermula pada pagi 18 April iaitu pada pukul 10 pagi Di Kompleks Sejarah Matang selepas menempuh perjalanan selama 10 jam di dalam Bas,
Di Kompleks Matang, rombongan telah disambut oleh wakil Muzium iaitu En. Sazali dengan taklimat secara ringkas, Lawatan di Kompleks Matang diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada pihak muzium dan penyampaian cenderahati.

Dengan perjalanan hanya mengambil masa 10 minit kami tiba di Muzium Taiping pada pukul 12.30 untuk sesi lawatan seterusnya. Kami juga diberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan Muzium Taiping dan Sejarahnya oleh wakil muzium,
 
Pada petangnya kami singgah makan tengahari di tempat makan Mee Udang terkenal Kuala Sepetang iaitu di Warong Mak Teh Mee Banjir Udang.
Penginapan bagi rombongan pada kali ini adalah di Homestay Seri Iskandar yang terletak lebih kurang 100 km dari bandar Taiping. Sebanyak 4 buah Homestay telah diperuntukkan dan dibahagikan 10 orang peserta lawatan bagi setiap rumah,
Malam 18 April, kami telah berkesempatan untuk bersiar-siar membeli hasil makanan laut di Gerai Hasil laut Jamilah untuk dibawa pulang sebagai buah tangan, Pada 19 April (jumaat) kami telah Melawat Kompleks Sejarah Pasir salak, bagi mendekati tempat bersejarah iaitu tempat pembunuhan pegawai British iaitu J.W.W Birch,

Pada petangnya sebelum bertolak pulang kami telah berkesempatan untuk singgah di Tempat Rekreasi Kolam Air Panas Klah (Sungkai) untuk bermandi manda,

Rombongan lawatan ke Perak ini dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk dilaksanakan kerana mendedahkan kepada pelajar tentang tempat-tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati, disamping memberi pendedahan baru kepada pelajar ia juga dapat meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan dengan topik yang telah dibincangkan sewaktu sesi pembelajaran di dalam kelas..