Sunday, January 1, 2012

Jawatankuasa Hubungan Antara kaum

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum @ Community Liason Committee (CLC) merupakan langkah ke arah kemerdekaan
  • Ditubuhkan Januari 1949.
  • Dianggotai para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu untuk persefahaman antara kaum.
  • Pada Peringkat awal - dianggotai oleh orang Melayu (UMNO) diketuai Dato’ Onn bin Jaafar & kaum Cina (MCA) diketuai Tan Cheng Lock.
  • Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah.
  • CLC telah mengadakan beberapa rundingan .
  • UMNO mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui, seperti:
- Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan
- Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran
- Sistem pendidikan yang gunakan BM dan BI sebagai bahasa pengantar diwujudkan
- Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan
- Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan

 Gambar: Tan Cheng Lock, wakil kaum Cina MCA