Showing posts with label Asean. Show all posts
Showing posts with label Asean. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Asean

ASEAN (Association of South East Asia Nations) Diasaskan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok melalui Deklarasi Bangkok ASEAN bertujuan untuk memperbaiki kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, Teknologi dan pentadbiran dan diharapkan dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara. 

Diasaskan dengan keanggotaan 5 negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina & Singapura 


Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura

Salah Satu projek kerjasama Asean adalah dengan mewujudkan Projek Hepatitis B di Singapura untuk menyelesaikan masalah penyakit hepatitis B yang merebak di seluruh dunia
Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati. Hepatitis B kronik mampu  membawa kepada barah hati. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.

Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia & Indonesia

Kerjasama Asean telah mewujudkan projek baja Urea di Malaysia & Indonesia untuk perkembangan pertanian secara bersama negara-negara Asea. Petronas telah dilantik oleh Kerajaan untuk memegang saham dan melaksanakan projek ini bagi pihak kerajaan Malaysia. Mempunyai loji di di Sipitang, Sabah
Urea merupakan sebatian organik pertama yang berjaya disintesis dari bahan permulaan tak organik. ia berasaskan Nitrogen yang sangat penting di dalam bidang tanaman & ternakan. Ia  merupakan baja mengandungi 46% N. Ciri-ciri baja jenis ini berbau masam, berbutir, berwarna putih serta berkristal apabila dikeluarkan dari karung.

Urea banyak digunakan para petani untuk menyuburkan tanah kerana harganya murah dan cepat memberikan tindak balas kepada tanaman. Fungsinya menyerupai baja kompos dalam tanah.

Kilang Asean Fertilizer di Bintulu, Sarawak merupakan salah satu kilang yang menghasilkan baja urea untuk bekalan baja urea di kawasan Asia Tenggara.




Sumber: http://animhosnan.blogspot.com/

Perlombongan Garam Abu Soda

Dalam kerjasama Asean, Perlombongan Garam Abu Soda telah dilaksanakan di Thailand 


Soda abu atau SODA ASH berbentuk bubuk, dan warnanya putih. fungsinya untuk meningkatkan daya bersih, penambahan soda abu tidak boleh terlalu banyak, karena dapat menimbulkan rasa panas di tangan saat sabun colek digunakan. penggunaan soda abu yang dianjurkan dalam formula pembuatan sabun colek adalah sekitar 7 % dari komposisi total bahan sabun colek