Monday, September 1, 2014

Sunday, April 13, 2014

Test 1 Mpw1133


BAHAGIAN

TOPIK 

A - Objektif
  • Kementerian & Suruhanjaya
  • Hubungan Etnik & budaya
  • Dasar Ekonomi & Politik
B - Struktur
  • Perlembagaan 
  • Kabinet ( Perdana Menteri)
  • Kerajaan Tempatan
C - Esei
  • Malayan Union 
  • Pembentukan Malaysia

Monday, October 21, 2013

Lawatan Ke Terengganu

Baru-baru ini 'unit' Pengajian Malaysia telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Terengganu, negeri cantik, budaya menarik, orangnya pun baik-baik.. Lawatan pada sesi kali ini melibatkan 35 orang pelajar dan 3 guru pengiring iaitu saya, Ahmad Khairi Mohd, En. Zaki Zuki dan Cik Noor Zehan. Pemilihan pelajar adalah dari jumlah 150 orang pelajar dipilih berdasarkan markah kuiz terbaik dalam kumpulan masing-masing. 

Perjalanan mengambil masa 9 jam, bertolak pukul 10 malam pada rabu iaitu 9/10/2013, Sesampainya di Terengganu, kami menunaikan solat subuh di Masjid Rantau Abang. Kemudian Destinasi pertama di Terengganu adalah di Kedai Nasi Dagang popular ( pernah masuk akhbar berkenaan isu kari kepala ikan rm50)
Tepat Pada pukul 9.30 pagi rombongan kami sampai di Muzium terbesar di Malaysia iaitu Muzium Negeri Terengganu. Kami telah disambut oleh Pihak Muzium dengan sedikit taklimat Ringkas.

Pelajar kemudiannya dibenarkan untuk melawat di sekeliling muzium dengan 1 tugasan iaitu mencari fakta menarik sama ada maklumat secara formal atau tak formal. Kumpulan yang mendapat markah paling terendah diingatkan bahawa mereka akan didenda.
Sesi di muzium Terengganu berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada pihak kolej. Rombongan kemudiannya telah singgah di Masjid kristal yang terletak lebih kurang 2 km daripada Lokasi Muzium. Pelajar telah dibenarkan untuk turun dan merasai sendiri pengalaman berlatarbelakangkan Masjid Kristal.

Pada pukul 12 tengahari, kami telah bergerak untuk makan tengahari di tempat makan Popular iaitu E-Nasi Kukus yang terletak di Jalan Kamarudin Kuala Terengganu, Makannannya memang terbaik..

Kami kemudiannya telah bergerak ke Destinasi Seterusnya iaitu Sentuari Penyu Rantau Abang. Rombongan Telah disambut oleh pihak pengurusan dengan taklimat serta tayangan video yang dikendalikan oleh en. Halim. Pelajar kemudiannya telah berpeluang untuk memegang anak penyu yang baru menetas dari sarangnya.
Selesai di Pusat Sentuari Penyu Rantau Abang, kami telah bergerak ke Penginapan di Homestay Mok B. Dalam Perjalanan kami telah Singgah di Pantai Airport ( Pantai Teluk Ketapang) untuk menikmati makanan popular di kawasan tersebut iaitu ICT (Ikan Celup Tepung).

Pukul 6 Petang Rombongan telah sampai dan menginap di Homestay Mok B, Pemiliknya merupakan seorang yang sangat peramah dan bermurah hati. Homestay Mok B mungkin antara pilihan yang sangat tepat bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Terengganu kerana Service, layanan & Harga yang ditawarkan sangat baik.

Pada Malamnya 10/10/2013 kami telah keluar bersiar-siar selepas makan malam dan sempat untuk singgah di I-City Terengganu. Pada Hari terakhir (hari ke-2) Destinasi rombongan telah singgah di tempat wajib bagi orang luar yang datang ke Terengganu iaitu Pasar Kedai Payang. Setelah mencari barang2 yang dikehendaki dan sedikit cenderamata kami telah singgah di kawasan perkampungan Losong untuk membeli Keropok Lekor,

Destinasi Terakhir kami sebelum bertolak balik adalah Noor Arfa Craf Complex, Kami telah disambut dengan pertunjukkan mencanting batik dan dibenarkan untuk melawat galeri selepas itu. Rombongan kami telah bertolak balik pada pukul 2pm pada hari terakhir seperti yang dirancangkan.

Pengajuran lawatan pada setiap semester ini dilihat merupakan sesuatu yang baik untuk dilaksanakan kerana memberi banyak input kepada pelajar dan membenarkan mereka untuk merasai sendiri berkenaan topik yang dibincangkan semasa sesi pembelajaran dalam kelas.

Thursday, September 26, 2013

Senarai Pelajar Ke Trip Terengganu

Pelajar dibenarkan untuk balik terus selepas 2.00pm 11 Oktober 2013

Pemilihan pelajar adalah berdasarkan markah paling tinggi dari kumpulan masing2 & yang tertinggi keseluruhan.. Sebarang perubahan saat akhir tidak dibenarkan.

Wednesday, September 25, 2013

Perlantikan Perdana Menteri & Bukan Melayu

Perlembagaan Malaysia tidak memperuntukan hanya orang Melayu yang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, kaum-kaum lain juga turut berpeluang dilantik sebagai Perdana Menteri jika mendapat undian yang cukup dari anggota parti yang membentuk kerajaan. 

Namun seseorang yang boleh dilantik menjadi perdana menteri perlu untuk memenuhi syarat yang tetapkan dalam perlembagaan termasuk melalui perkenan daripada kuasa budi bicara Yang Dipertuan Agong. Agong boleh memilih untuk tidak melantik calon perdana menteri yang layak atas pertimbangan beliau walaupun calon memenuhi syarat.

Antara syarat untuk menjadi Perdana Menteri calon mestilah PM mestilah Ahli Dewan Rakyat (dipilih melalui pilihanraya) mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat & memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.