Showing posts with label Kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label Kemerdekaan. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Rombongan kemerdekaan



Rombongan rundingan kemerdekaan bertolak ke London pada 18 Januari 1956.

8 Feb 1956, Tunku menandatangani perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Alan Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British jam 10.00 pagi di Lancaster House, London .




Gambar di bawah merupakan barisan kabinet pertama semasa Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959


Panglima Bukit Gantang


Panglima Bukit Gantang ialah gelaran bagi Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz.
Beliau berasal dari Bukit Gantang, pernah menjadi Menteri Besar Perak.
Menjadi salah seorang anggota rombongan perundingan kemerdekaan ke London

Sunday, January 1, 2012

Pakatan murni


Pakatan murni merupakan  tolak ansur UMNO, MCA & MIC. Perkara utama pakatan

- Kedudukan Raja2 Melayu
- Bahasa Melayu
- Agama Islam
- Kedudukan istimewa orang Melayu
- Hak kerakyatan

Sistem Ahli

Idea penubuhan Sistem Ahli ini disuarakan oleh Dato’Onn Jaafar kepada Sir Henry di Kuala Lumpur. Tujuan Sistem Ahli ditubuhkan untuk melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui Tanah Melayu.
9 pemimpin tempatan telah dilantik mengetuai portfolio & Dato Onn sendiri menjadi 'Ahli Dalam Negeri'  Sistem ini dilaksanakan bulan Januari 1951 - Jun 1955, iaitu sebelum pilihan raya umum Pertama Tanah Melayu diadakan pada bulan Julai 1955.

Kerakyatan Komanwel

Kewarganegaraan  merupakan keahlian kepada sebuah komuniti politik yang membawa hak-hak penyertaan politik. Seorang individu yang mempunyai keahlian ini dipanggil warganegara. Bagaimanapun, kedua-dua istilah ini harus dibezakan. Biasanya, kewarganegaraan bersepadan dengan kerakyatan.

Seorang warganegara mempunyai hak-hak untuk menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi ataupun menjadi calon pilihan raya, sedangkan seorang rakyat tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut,

Kewarganegaraan berasal daripada hubungan di sisi undang-undang dengan sebuah negara. Sebaliknya, kerakyatan biasanya berasal daripada tempat kelahiran, iaitu jus soli)

Ada kemungkinannya bahawa seorang individu mempunyai kerakyatan tanpa kewarganegaraan (iaitu, dia ditakluk oleh undang-undang negara serta berhak menerima perlindungan tetapi tidak mempunyai hak-hak penyertaan politiknya)

Contohnya -  seorang warganegara dari negara Komanwel yang menetap di United Kingdom mempunyai hak-hak politik yang sepenuhnya di negara itu tetapi tidak mempunyai kewarganegaraan United Kingdom.

Parti Perikatan

Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Malaysia di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum Cina dan India, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada Barisan Nasional dengan lambang Dacing

Jawatankuasa Hubungan Antara kaum

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum @ Community Liason Committee (CLC) merupakan langkah ke arah kemerdekaan
  • Ditubuhkan Januari 1949.
  • Dianggotai para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu untuk persefahaman antara kaum.
  • Pada Peringkat awal - dianggotai oleh orang Melayu (UMNO) diketuai Dato’ Onn bin Jaafar & kaum Cina (MCA) diketuai Tan Cheng Lock.
  • Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah.
  • CLC telah mengadakan beberapa rundingan .
  • UMNO mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui, seperti:
- Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan
- Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran
- Sistem pendidikan yang gunakan BM dan BI sebagai bahasa pengantar diwujudkan
- Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan
- Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan

 Gambar: Tan Cheng Lock, wakil kaum Cina MCA

Perjanjian London

Rundingan London telah berlangsung selama tiga minggu di London iaitu dari 18 Jan hingga 8 feb 1956. Perjanjian London diwujudkan atas persetujuan bersama. antara perkara yang dipersetujui:

Tarikh Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
Suruhanjaya bebas dilantik
Aset & Kepentingan British di PTM terpelihara
Perjanjian pertahanan dgn British
Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan
Kuasa Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri diteruskan

Apabila rombongan Parti Perikatan pulang ke tanahair, mereka diberi sambutan meriah. Di Padang Bandar Hilir, Melaka, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di hadapan rapat umum yang besar.