Showing posts with label Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Maklumat. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Perlantikan Perdana Menteri & Bukan Melayu

Perlembagaan Malaysia tidak memperuntukan hanya orang Melayu yang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, kaum-kaum lain juga turut berpeluang dilantik sebagai Perdana Menteri jika mendapat undian yang cukup dari anggota parti yang membentuk kerajaan. 

Namun seseorang yang boleh dilantik menjadi perdana menteri perlu untuk memenuhi syarat yang tetapkan dalam perlembagaan termasuk melalui perkenan daripada kuasa budi bicara Yang Dipertuan Agong. Agong boleh memilih untuk tidak melantik calon perdana menteri yang layak atas pertimbangan beliau walaupun calon memenuhi syarat.

Antara syarat untuk menjadi Perdana Menteri calon mestilah PM mestilah Ahli Dewan Rakyat (dipilih melalui pilihanraya) mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat & memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.


Sunday, September 22, 2013

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan terdiri dari Datuk Bandar @ Yang di-Pertua, bilangannya  tidak kurang daripada 8 dan tidak lebih daripada 24 orang ahli. Ahli-ahli Majlis bertindak sebagai penasihat dan berkeupayaan untuk membuat keputusan. Dilantik oleh kerajaan Negeri.
Ahli yang dilantik ini terdiri daripada penduduk tempatan ahli perusahaan, mereka yang ternama serta layak mewakili kepentingan setempat.  Perlantikan seperti ini bertujuan  untuk memberikan peluang kepada penyertaan penduduk dalam sistem pentadbiran  kerajaan tempatan.

Setiap pihak berkuasa tempatan @ kerajaan tempatan perlu untuk mempunyai Ahli Majlis bagi memastikan perlaksanaan dan keputusan yang dibuat memenuhi keperluan & kepentingan penduduk tempatan. Perlantikan bilangan Ahli telah ditetapkan dalam peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Pekerja yang bekerja dibawah kerajaan Tempatan termasuk Setiausaha bukanlah ahli majlis, contoh pekerja yang dimaksudkan adalah seperti  Pembantu Penguatkuasa N17, Pemandu R3, Pekerja Awam R1, semua itu adalah pekerja yang berkhidmat dibawah kerajaan tempatan. 

Sunday, September 15, 2013

Pangkat Darjah Kebesaran Datuk, Tan Sri

Darjah kebesaran ataupun pangkat yang membawa gelaran Datuk merupakan satu gelaran diidam-idamkan oleh kebanyakkan orang. Gelaran yang selalu dikaitkan dengan orang kaya ini mempunyai peringkat dan pangkat yang berbeza mengikut gelaran seperti Tun, Tan Sri, Datuk, dan Datuk Seri,
Kurniaan Pangkat Kebesaran ini sebenarnya adalah hasil kurniaan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan (melalui Agong) dan kerajaan Negeri (melalui Sultan @ Yang di-Pertua Negeri). Mereka yang menerima pangkat kebesaran ini biasanya merupakan orang yang mempunyai jasa dan kecemerlangan dalam bidangnya.
Gelaran 'Datuk Seri' biasanya datang daripada kurnian Sultan @ Yang Dipertua Negeri. Pangkat Tan Sri ke atas merupakan pangkat hasil kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pangkat
Darjah
Kelayakan
TUN
SMN
Yang di-Pertua Negeri, Bekas Perdana Menteri, Bekas Timb. Perdana Menteri & Ketua Hakim Negara
SSM
TAN SRI
PMN
YDP Dewan Negara,YDP Dewan Rakyat,Bekas Menteri, Ketua Setiausaha Negara,Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara,Bekas Menteri Besar, Bekas Ketua Menteri,
PSM
DATUK
PJN
Bekas Tim. Menteri,Tim. YDP Dewan Negara/Rakyat, Mufti, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen
PSD

Kaedah Pengiraan Undi Pilihan Raya

Pada Jam 5.00pm iaitu apabila Pusat mengundi ditutup. Ketua Tempat Mengundi (KTM) menutup pintu kotak undi seterusnya menyita dengan tali dan strip plastik SPR. Wakil2 calon dari parti bertanding akan dipanggil untuk menyemak sitaan yang telah dibuat dan menandatangani stiker yang telah disediakan sekiranya berpuas hati dgn sitaan tersebut.
Wakil calon untuk pengiraan undi masuk atau wakil calon telah sedia ada dalam Pusat Mengundi menunjukkan watikah perlantikan dan surat sumpah kerahsiaan.

KTM menyusun perabot bagi tujuan pengiraan undi. KTM akan meminta setiap wakil calon untuk memeriksa setiap kotak yang disediakan bagi tujuan penjumlahan undi iaitu kotak parti yang bertanding, kotak undi yang belum dikira, kita undi ragu dan kotak undi tolak dalam keadaan kosong.

KTM akan membuka sitaan yang dibuat di hadapan setiap wakil calon, seterusnya akan menuang kandungan peti undi kedalam kotak undi belum dikira. kerani Pusat mengundi akan membuka satu persatu kertas undi dan melaungkan apa yang ditanda oleh pengundi. Proses ini dilakukan dihadapan setiap wakil parti yang bertanding.

Kertas yang telah dibuka dan dilaungkan akan dimasukkan kedalam peti yang sepatutnya, samada peti parti politik, atau peti undi ragu atau peti undi tolak. Proses ini dilakukan sehingga kesemua kertas undi di dalam kotak undi belum dikira dibuka sepenuhnya.

Kerani Pusat Mengundi akan mengumpulkan kertas undi dalam kiraan 10 helai setiap ikatan. Kemudian keputusan diperolehi. Proses pengiraan undi ini dijelaskan mengikut kepada pengalaman seorang yang terlibat dengan penjumlahan undi pada pilihanraya ke-13 yang lalu. 

Saturday, September 14, 2013

Cukai Tanah & Kerajaan Negeri

Cukai Tanah ialah cukai yang dibayar kepada Kerajaan Negeri oleh Tuan Tanah melalui Pejabat Tanah sekali setahun. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
Cukai Taksiran (Cukai Pintu) berbeza dengan cukai tanah, kerana cukai taksiran  dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai tanah berwarna kuning & Bil cukai taksiran berwarna biru.

Monday, September 2, 2013

Kerajaan Tempatan & Tugas

Kerajaan Tempatan (KT) merupakan sebuah kerajaan yang ditubuhkan untuk mentadbir kawasan penduduk. Contohnya adalah seperti Majlis Bandaraya Melaka, Majlis Perbandaran Seremban & Majlis Daerah Kota Tinggi. KT berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan pentadbiran kawasan kepada penduduk seperti menyediakan kemudahan awam, membina lot-lot parking, memperindahkan kawasan dengan pokok-pokok bunga &taman-taman, membaiki jalan rosak, serta menyediakan khidmat mengangkut sampah dari semasa ke semasa.
Kerajaan ini merupakan kerajaan peringkat ke-3 selepas kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Semua KT berada dibawah kuasa kerajaan Negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puterajaya & Labuan. Ketua untuk KT ini dikenali sebagai Datuk Bandar bagi kawasan yang bertaraf Bandaraya & Yang di-Pertua untuk kawasan bertaraf Bandar serta Daerah. Datuk Bandar ini dilantik oleh YDPA (Agong) bagi Wilayah persekutuan dan oleh Sultan Negeri bagi kawasan lain. Sebelum ini Datuk Bandar & Yang di-pertua dipilih melalui undi pilihan raya namun cara pemilihan ini telah dimansuhkan. Click Here

KT berkuasa dalam membuat undang-undang kecil sendiri seperti larangan penjaja, larang merokok, larangan pengiklanan seperti dipapan tanda, termasuk kesalahan meletakkan kenderaan @ parking. 
KT juga mempunyai autonomi kewangan sendiri iaitu melalui cukai taksiran (cukai Pintu) sebagai sumber utama bagi memastikan kesinambungan pentadbiran dikawasannya. Cukai Tanah tidak termasuk di bawah hasil KT Click Here. Selain itu hasil pendapatan penguasa tempatan ini juga datang daripada lesen kedai makan, pusat hiburan. Selain itu KT boleh mendapat peruntukan kewangan dari kerajaan pusat & kerajaan negeri.

Monday, July 1, 2013

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) merupakan salah 1 daripada 3 ‘Majlis Perundangan’ (Click Here) yang terdapat di peringkat Kerajaan Persekutuan. Majlis ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Perkara 95A Perlembagaan memperuntukkan MNKT berfungsi merangka dasar-dasar negara bagi menggalak, memaju & mengawal Kerajaan Tempatan.

Monday, April 22, 2013

Kementerian, Jabatan & Badan Berkanun

Kementerian merupakan organisasi yang diwujudkan bagi menggubal dasar, merancang program dan melaksanakannya di bawah arahan dasar seorang menteri. Contoh Kementerian adalah seperti, kementerian Pertahanan, kementerian Pelancongan, Kementerian belia dan Sukan,
Jabatan adalah agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri. Tugas jabatan tertakluk di bawah objektif dan dasar kementerian atau pentadbiran negeri, di mana ia diletakkan. Contoh Jabatan adalah Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Arkib Negara. 


Perbadanan Awam merupakan agensi separa kerajaan yang membolehkan kerajaan terlibat terus dalam bidang pembangunan sosio-ekonomi negara dimana bidang tersebut kurang diceburi oleh sektor swasta disebabkan faktor modal besar & kurang pulangan. Ia bebas daripada peraturan pentadbiran kerajaan yang biasa dan ini menjadikan ia dapat bergerak pantas seperti syarikat swasta lain. Contoh Perbadanan Awam adalah seperti Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) & Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Badan Berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan dibawah akta Parlimen & Enakmen Negeri. Contoh badan berkanun adalah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Badan Tidak Berkanun merupakan syarikat yang ditubuhkan di bawah  Akta Syarikat 1965. Badan ini bergerak seperti syarikat perniagaan biasa tetapi dimiliki oleh kerajaan. Ia juga boleh menubuhkan anak Syarikat di bawahnya. Contohnya PETRONAS, dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd SYABAS.

Sunday, March 31, 2013

Gred Gaji Jusa & Pengurusan Tertinggi

JUSA adalah singkatan bagi Jawatan Utama Sektor Awam, kebanyakan ketua kepada agensi kerajaan digredkan sebagai JUSA, Gred JUSA terbahagi kepada 3 peringkat iaitu JUSA A,B,C

Selepas Gred JUSA, pangkat yang lebih tinggi dikenali sebagai TURUS 1,2,3 mempunyai tingkat gaji lebih tinggi iaitu lebih kurang rm8k hingga 13k tidak termasuk imbuhan & elaun lain. Kumpulan pengurusan tertinggi ini juga menikmati elaun pembantu rumah sekurang-kurangnya rm500 untuk JUSA C, Kesemua pegawai Bergred JUSA memperolehi kemudahan sekurang-kurangnya Proton Perdana Eksekutif sebagai kereta Rasmi.


Ketua Setiausaha Negara merupakan pegawai perkhidmatan awam paling tinggi negara, Perdana Menteri walaupun gajinya dibayar oleh kerajaan namun Perdana Menteri bukanlah merupakan penjawat awam. Untuk maklumat gaji Perdana Menteri, Click Here

KSN
Ketua Setiausaha Negara
Turus 1
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Turus II
Ketua Setiausaha
Turus III
KSU / Ketua Pengarah
Jusa A
KSU, TKSU / K.Pengarah Kementerian / Jabatan
Jusa B
Jusa C
TKSU, Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri, Setiausaha Bahagian
Gred 54
Pengarah Negeri,Timbalan Pengarah
Gred 52
Pengarah
Gred 48
Timbalan Pengarah
Gred 44
Ketua Jabatan
Gred 41
Pegawai
Gred 36
Gred 32
Gred 27
Gred 26
Gred 22
Gred 17
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred 14
Gred 11
Gred 1
Pembantu Am & Pekerja Awam

Friday, March 15, 2013

Yang di-Pertuan Agong, Tugas dan Tanggungjawab

Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara. Tempoh memegang jawatan adalah selama 5 tahun mengikut sistem penggiliran oleh 9 raja-raja di Tanah Melayu. Tidak termasuk negeri tanpa raja yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri (TYT)


YDPA diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu. YDPA  boleh bertindak menurut Kuasa Budi Bicara dalam melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen, dan memanggil Majlis Raja-raja untuk bermesyuarat.

Baginda juga berkuasa melantik menteri-menteri lain, atas nasihat Perdana Menteri. Menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik hakim-hakim, Mengampun dan menangguhkan hukuman mengikut Perkara 42(10) Perlembagaan bagi negeri-negeri tidak beraja. Seri Paduka Baginda mengurniakan bintang-bintang kebesaran dan pingat kepada rakyat di semua peringkat.

Tuesday, February 12, 2013

Belia 4B

4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat. 4B Merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 1965. Konsep 4B sangat bersesuaian dengan agenda pertubuhan yang menumpukan dalam bidang perniagaan dan pertanian pada awal penubuhannya. Motto utama 4B ialah ‘ Bergerak’


Boestamam

Boestamam merupakan seorang tokoh perjuangan yang berjuang menuntut kemerdekaan dengan cara yang keras terhadap British & beliau merupakan pejuang yang menyebelahi parti di sebelah kiri semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. 
Beliau mengambil jalan radikal dan mengeluarkan "Testamen Politik API" yang menggariskan perjaungan menggunakan senjata bagi usaha menuntut kemerdekaan.  Boestamam menjadi orang pertama di Tanah Melayu yang melaungkan perjuangan "Merdeka dengan Darah".

Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi sebagai tempat bagi Raja-Raja & Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja.

Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Majlis Raja-Raja Bertugas Memelihara adat istidat orang melayu dan agama islam di seluruh persekutuan, Membincangkan dasar-dasar Negara, Memilih dan memecat YDPA, Memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera sabah dan Sarawak

Pemilikan Ekuiti

Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Saham dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Saham. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa pemilikan ekuiti Bumiputera pada nilai tara meningkat kepada 23.09 pada tahun 2012.

Pemilikan ekuiti Bumiputera ini termasuk pemilikan individu-individu, Institusi Kepentingan Bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Agensi Amanah seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

Suruhanjaya

Istilah suruhanjaya biasanya merujuk kepada satu badan pentadbiran yang bebas daripada kawalan kerajaan. bebas daripada pengaruh politik dan hanya penjawat awam, hakim, dan golongan profesional boleh menganggotainya. Suruhanjaya  mestilah bersifat adil dan berkecuali. Anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat 2 Jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap & Suruhanjaya Sementara

Suruhanjaya Sementara bersifat sementara dan ditubuhkan untuk tujuan-tujuan khas seperti mengkaji isu khas yang timbul, menyiasat salah guna kuasa, malapetaka alam, dan penyelewengan dan seterusnya mengemukakan syor-syor untuk mengatasinya. Selepas tamatnya tugas, suruhanjaya itu akan dibubarkan. Contohnya Suruhanjaya Diraja Khas

Suruhanjaya Diraja merupakan badan kerajaan yang melakukan siasatan awam terhadap isu tertentu. Suruhanjaya biasanya mempunyai bidang kuasa yang luas, lebih luas daripada seorang hakim, tetapi dihadkan oleh "Syarat Rujukan" Suruhanjaya. Suruhanjaya ditubuhkan oleh Ketua Negara (seperti Raja, Gabenor-Jeneral) atas nasihat kerajaan eksekutif dan ahlinya dilantik melalui surat paten.

Undang-undang kecil

Undang-undang kecil adalah undang-undang yang dibuat bukan melalui Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Tapi perlu ada Akta Parlimen atau Enakmen negeri yang memperuntukkan bahawa undang-undang kecil itu boleh dibuat. Kerajaan tempatan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kecil berdasarkan peruntukan oleh Perlembagaan Malaysia. 


Pilihan Raya kerajaan tempatan

Pilihan raya kerajaan tempatan pernah diadakan di Malaysia bagi memilih ahli jawatankuasa di peringkat daerah sebelum 1964. Pilihan raya tempatan dibekukan atas alasan "konfrontasi Indonesia-Malaysia", Setelah DAP, PKR dan PAS menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri selepas PRU-12 (kehilangan Perak pada tahun 2009), mereka berdepan dengan tuntutan agar menunaikan janji-janji,

Akhirnya, Lim Guan Eng memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, sempena ulangtahun kedua "tsunami politik 8 Mac 2008", disusuli dengan tindakan yang sama oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak permintaan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang untuk mengadakan Pilihan raya kerajaan tempatan kerana kekangan undang-undang sedia ada,

Bagaimanapun, pindaan dan perubahan dasar bagi menjalankan semula pilihan raya tempatan  boleh dilakukan melalui Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT), merupakan satu badan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sumber : http://www.loyarburok.com/

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di British Malaya. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur oleh Ibrahim Yaakob. Tokoh menganggotai ialah Dr. Burhanuddin al-Helmi pada tahun 1939 dan Dato’ Onn Ja’afar yang menganggotai KMM April 1942 ,


Pertubuhan ini berhasrat menggulingkan Inggeris di Tanah Melayu dengan keras & menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah Panji Melayu Raya. Pada 1941 Jepun telah membantu KMM membeli akhbar Melayu di Singapura iaitu Warta Malaya. KMM telah  membantu kemaraan tentera-tentera Jepun sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa.

KMM mempunyai hubungan akrab dengan Jepun. Pada Januari 1942, KMM meminta kemerdekaan Tanah Melayu dengan rasminya daripada Jepun. Ini membuatkan KMM sebagai badan politik kebangsaan Tanah Melayu yang pertama yang berbuat demikian. Walaupun begitu,  Jepun tidak mahu memberikan kemerdekaan malah KMM diharamkan 1942.

Sunday, February 10, 2013

Dewan Negara

Dewan Negara merupakan salah 1 daripada  komponen Parlimen. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.
Individu yang dilantik melalui Dewan Negara biasanya dikenali sebagai Senator, dan individu ini boleh menjadi Menteri tanpa perlu melalui pengundian rakyat (pilihan raya). Kelayakan untuk dilantik sebagai Senator Dewan Negara, seseorang itu mesti berjaya mencapai kepujian dalam kerjaya, perniagaan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau khidmat sosial atau wakil dalam kaum-kaum minoriti atau berkebolehan dalam mewakili kepentingan pribumi.
Pembubaran parlimen dan pilihanraya tidak membawa perubahan kepada Ahli Dewan Negara, dan mereka masih memegang jawatan sebagai ahli Dewan Negara walaupun kerajaan berubah. Mereka akan terus memegang jawatan meskipun pembubaran Dewan Rakyat untuk suatu pilihanraya.

Wednesday, February 6, 2013

Senarai Persekutuan, Bersama & Negeri

Senarai Persekutuan
Senarai Negeri
Senarai Bersama
- Pertahanan
- Hal-hal luar negeri
- Keselamatan dalam negeri
- Undang-undang jenayah & sivil
- Kewarganegaraan
- Pilihanraya Persekutuan
- Perdagangan, Perniagaan, Industri
- Kewangan
- Pengangkutan
- Perkapalan
- Ukur
- Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga
- Kesihatan dan Ubat
- Pelajaran
- Kebajikan Orang Asli
- Buruh dan Kebajikan Sosial
- Pekerjaan Ikhtisas
- Persatuan yang tidak ditubuhkan
- Kawalan pes pertanian
- Hari kelepasan am Persekutuan
- Penapisan
- Penerbitan
- Perumahan Persekutuan
- Panggung wayang dan pusat hiburan awam (kecuali lesen)
- Syarikat kerjasama

- Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu
- Pertanian dan Perhutanan
- Tanah
- Perkhidmatan tempatan
- Kerajaan Tempatan
- Jentera Kerajaan Negeri
- Hari kelepasan Negeri
- Kerjaraya Negeri dan Air
- Penyu & tangkapan ikan di sungai
- Kebajikan Sosial
- Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan
- Biasiswa
- Pengembaraan
- Perusahaan Ternakan
- Perancangan bandar, desa (kecuali WP)
- Pengaliran dan pengairan
- Kesihatan Awam, peraturan kesihatan
- Pemulihan tanah perlombongan