Sunday, July 15, 2012

Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia

Bahasa Melayu secara berganti-ganti iaitu  Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama Bahasa Melayu digunakan semula. 

 Click Pada Gambar untuk Membaca Artikel

Pada 2007, Kabinet Malaysia menukarkan penggunaan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Namun begitu, menurut Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, menyebut: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu". Maka tiada pertukaran nama bahasa Melayu ke bahasa Malaysia terjadi.