Wednesday, July 18, 2012

Sultan Mahmud Mangkat di Julang (Johor)


Sultan Mahmud yang mangkat dijulang bukan Sultan Melaka, tetapi Sultan Johor ke-10. Terletak di Kampung Makam, 2 KM daripada Kota Tinggi, Johor. Baginda merupakan Sultan Mahmud Shah III

Dikaitkan dengan kezaliman.  Baginda bertabiat bengis & ganjil. Sultan itu terlalu muda. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik.

Kemuncak kezalimannya ; membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.