Sunday, October 21, 2012

Malaysian Malaysia

Konsep Malaysian Malaysia telah dipopularkan oleh tokoh Singapura iaitu Lee Kuan Yew, selepas berlakunya penggabungan Malaysia pada 1963. Tidak boleh dinafikan wujudnya penglibatan secara tidak langsung Lee Kuan Yew dalam mencetuskan peristiwa rusuhan perkauman 13 Mei 1969. Lee Kuan Yew yang terkenal dengan slogan “Malaysian Malaysia” itu telah menimbulkan suasana tegang antara orang Melayu dan orang Cina

Selepas Keluarnya Singapura daripada malaysia, Parti Politik DAP telah ditubuhkan dan ia merupakan lanjutan parti PAP di Singapura, kaum Cina Malaysia meneruskan perjuangan “Malaysian Malaysia” yang telah hasratkan oleh Lee Kuan Yew itu.

Gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP ini terus menerus menyebabkan pergeseran politik antara kaum Cina dan kaum Melayu di Malaysia. Orang Cina Malaysia sebagai warganegara yang sah, mahukan hak yang sama.