Saturday, October 6, 2012

Perayaan Thaipusam

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun. Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm.