Sunday, January 1, 2012

Pilihan Raya Pertama

Pilihan Raya Umum yang pertama di Tanah Melayu adalah 27 Julai 1955 iaitu 2 tahun sebelum merdeka. Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan memenangi 81% daripada jumlah undi, dengan 51 daripada 52 kerusi yang ditanding. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari Parti PAS memenangi 1 kerusi di kawasan pilihan raya Krian, Perak,
PAS telah ditubuhkan semata-mata untuk pilihan raya ini. Sebelum itu, PAS merupakan sebuah persatuan yang bernama "Persatuan Islam Se-Malaysia" dan telah memainkan peranan politiknya sebagai sebahagian UMNO.