Monday, March 19, 2012

Gaji Perdana Menteri

Gaji  Perdana Menteri  Malaysia – RM 22,826.65 sebulan, Menteri Besar – RM14,175.15

Perdana Menteri Singapura menerima gaji paling mahal di dunia setakat ini.  Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong direkodkan menerima gaji paling mahal mengalahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Gaji Perdana Menteri Singapura diberikan tinggi berbanding negara lain kerana mereka menganggap tugas Perdana Menteri penting setara dengan CEO syarikat Swasta.

Namun, Jika dibandingkan, gaji Perdana Menteri yang dianggap tertinggi didunia itu masih belum dapat menandingi gaji CEO Syarikat besar Malaysia iaitu Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak, merupakan CEO CIMB Bank dengan pendapatan RM779,166 sebulan. Beliau juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Jambatan kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer itu mampu siap lebih awal dari sasaran November 2013 Jambatan ini menghubungkan Batu Kawan dari tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau. Kos dalam 4.5 bilion ringgit.


Sumber

Sunday, March 18, 2012

Kabinet Bayangan

Maksud Kabinet Bayangan adalah suatu sistem pentadbiran yang berbentuk sebuah kabinet yang dibuat tanpa pilihan raya. Pada Tahun 1951 telah wujud 1 kabinet Bayangan semasa zaman pentadbiran Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman yang dikenali sebagai Sistem Ahli, diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota iaitu 5 orang penduduk di Tanah Melayu, 4 orang pegawai British.
Isu mengenai Kabinet bayangan juga timbul kini, dengan mengaitkan Kabinet Bayangan dengan Parti Pembangkang, Bagi membuktikan mereka boleh memerintah kerajaan, mereka dicabar untuk mewujudkan Kabinet bayangan sebagai bukti tidak berlaku perebutan kuasa dan mempunyai individu yang berkaliber untuk memerintah negara.

Kabinet Malaysia? Click Here 

Perlantikan Datuk Bandar Oleh Sultan

Perlantikan Datuk Bandar adalah dibawah kuasa sultan bagi negeri-negeri selain wilayah persekutuan, dan pemilihan calon adalah sama seperti peranan Perdana Menteri yang mencalonkan menteri kabinet untuk dilantik Yang di-Pertuan Agong, iaitu Menteri besar mencalonkan Datuk Bandar untuk dilantik oleh sultan negeri.


Sunday, March 4, 2012

Dewan Negara

Lantikan Ahli Dewan negara bukan melalui pilihan raya (seperti mana ahli dewan Rakyat) Individu yang dilantik mesti berjaya mencapai kepujian dalam kerjaya, perniagaan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau khidmat sosial

Thursday, March 1, 2012

Mageran

Majlis Gerakan Negara (Mageran) merupakan badan pentadbiran negara pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei 1968. Mageran dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Penubuhan  majlis  ini  bertujuan  untuk menangani  permasalahan  yang timbul  ekoran  tercetusnya  Tragedi  13  Mei  1969.

Insiden 13 Mei 1969 membawa pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Pengisytiharan telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam,  dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni.

MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971.

Majlis Perundingan Negara

Mesyuarat yang pertama bagi penubuhan Majlis Perundingan Negara telah diadakan di Dewan Negara pada 27-01-1970. Tujuan penubuhan Majlis ini ialah untuk mempelajari dan memahami latarbelakang kebudayaan, sosial, ekonomi dan agama tiap-tiap kaum. Ini adalah satu faktor yang utama untuk mengekalkan keadaan harmoni dan muhibah di negara ini setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.