Tuesday, July 31, 2012

Tenggelamnya Prince of Wales dan Repulse

Pada 10 Disember 1941, kedua-dua kapal tempur Prince of Wales & Repulse dibedil oleh Jepun sebelum sempat mendarat di Kuantan. Sebabnya, kedua-dua kapal perang ini tidak diiringi oleh tentera udara British. Tenggelamnya kapal perang ini yang mengorbankan 840 tentera Kuasa Bersekutu (513 Repulse & 327 Prince of Wales). Manakala pengkalan tentera laut sekutu rapat British (Amerika) di Pearl Harbor, juga telah dimusnahkan oleh Jepun. Menyebabkan kebuntuan di pihak British.


Keesokan harinya, Winston Churchill perdana menteri British (ketika di bilik tidur) menerima panggilan telefon daripada Sir Dudley Pound (First Sea Lord) melaporkan bahawa Prince of Wales dan Repulse telah ditenggelamkan oleh Jepun,

Churchill  sejurus itu menyatakan "Dalam perang-perang yang pernah saya lalui, saya tidak pernah menerima kejutan seperti ini...berita tenggelamnya kedua-dua kapal tersebut menghantui saya. Tidak ada kapal British atau Amerika di Lautan Hindi @ Pasifik, kapal yang terselamat daripada serangan di Pearl Harbor ketika ini sedang bergegas pulang ke California. Kekuatan Jepun di laut amatlah hebat, dan kami (tentera bersekutu) amat lemah serta tidak berpakaian." (Churchill).