Cukai taksiran atau cukai harta adalah cukai yang dikenakan kepada semua pegangan yang terletak di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (Kerajaan Tempatan) seperti rumah kediaman, kedai, kilang, tanah kosong dan sebagainya. Cukai Taksiran juga dikenali sebagai Cukai Pintu
Cukai harta adalah bertujuan menampung perbelanjaan pihak berkuasa tempatan seperti kos penyelenggaraan perparitan, jalan, kebersihan, bayaran air dan elektrik awam, kos pengurusan dan lain-lain perbelanjaan.
Hasil denda dan kompaun kesalahan parking atau seumpama dengannya juga merupakan hasil sumber kerajaan Tempatan namun ia tidak boleh dianggap sebagai hasil utama kerana ia akan diganggu oleh unsur politik.