Tuesday, February 12, 2013

Thailand

Thailand adalah satu-satunya Negara Asia yang tidak pernah dijajah. Kata 'Thai' bererti kebebasan, dalam bahasa Thailand. Thailand atau dikenali sebagai Siam suatu ketika dahulu merupakan sebuah kuasa yang kuat menguasai sebahagian negeri utara Tanah Melayu,

Siam bijak dalam menyusun strategi bagi mengelakkan pertelingkahan antara negara kuasa besar lain bagi memastikan Siam terselamat dari ancaman. Antara langkah yang dilakukan oleh Siam adalah menyerahkan Negeri-negeri bahagian utara (Kelantan, Kedah, Terengganu) yang dikuasai kepada Inggeris dalam Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Siam juga memberi laluan kepada Jepun semasa operasi serangan Jepun terhadap Tanah Melayu .

* Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Perjanjian Bangkok 1909, Perjanjian Anglo-Siam 1909 adalah sama