Parameswara (pengasas Melaka) merupakan tokoh yang bertanggungjawab menubuhkan kerajaan Melaka, beliau merupakan Putera Raja Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14.
Baginda telah lari ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam tahun 1396, beliau & pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam (berdekatan muara sungai Melaka).
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat peristiwa anjingnya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ sempena nama Melaka iaitu tempat beliau bersandar.