Berikut merupakan antara 2 akhbar yang lantang menyuarakan dan menyedarkan orang Melayu supaya bangkit dan bersatu menentang Malayan Union (MU). Utusan melayu misalnya pada 12 Oktober 1945 mencatatkan:
“… dari pandangan sepintas lalu dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan Union (MU) itu menguntungkan orang-orang bukan Melayu. Hal ini amat mencemaskan fikiran dan perasaan orang Melayu mengenai hari depan mereka.”
Majlis pula menggesa orang Melayu bangun menentang MU dengan menekankan kesefahaman & kerjasama orang Melayu. Mereka perlu bersatu untuk menumbangkan MU & berusaha mendirikan kerajaan sendiri yang ditadbir oleh anak2 tempatan. Akhbar tersebut juga mendakwa sesiapa yang tidak berkabung bererti menyokong MU dan mereka tidak akan diakui sebagai orang Melayu.