Muzium Arkeologi Lembah Bujang satu-satunya Muzium di
Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan
pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di
Asia Tenggara kurun ke-3 masihi hingga ke-12 masihi.
Muzium ini terletak
di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Dibina untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi
arkeologi serta mempamerkan artifak-artifak protosejarah atau sejarah
sebelum islam dari tapak tanah bersejarah di Lembah Bujang.
Pameran di Muzium ini sebenarnya membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan
pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang
meguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat
terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping
pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai rempah
ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.