Sunday, January 1, 2012

Rundingan Baling 1955

Selepas Dato Onn meninggalkan pucuk pimpinan pada 1951, Tunku Abdul Rahman telah mengambil Alih Umno. 4 tahun kemudian dalam Pilihan raya pertama (Julai 1955)Tanah Melayu, Parti Perikatan menang secara tidak langsung Tunku menjadi ketua Menteri Tanah Melayu.


2 bulan kemudian (September 1955) sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng (nama samaran Chin Peng)  mahukan perundingan. Proses rundingan berlangsung 2 hari pada 28 & 29 Disember di Baling, Kedah. Tawaran Chin Peng juga tidak dihiraukan oleh Kerajaan Perikatan kerana PKM sudah lemah.