Monday, September 1, 2014

Sunday, April 13, 2014

Test 1 Mpw1133


BAHAGIAN

TOPIK 

A - Objektif
  • Kementerian & Suruhanjaya
  • Hubungan Etnik & budaya
  • Dasar Ekonomi & Politik
B - Struktur
  • Perlembagaan 
  • Kabinet ( Perdana Menteri)
  • Kerajaan Tempatan
C - Esei
  • Malayan Union 
  • Pembentukan Malaysia

Monday, October 21, 2013

Lawatan Ke Terengganu

Baru-baru ini 'unit' Pengajian Malaysia telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Terengganu, negeri cantik, budaya menarik, orangnya pun baik-baik.. Lawatan pada sesi kali ini melibatkan 35 orang pelajar dan 3 guru pengiring iaitu saya, Ahmad Khairi Mohd, En. Zaki Zuki dan Cik Noor Zehan. Pemilihan pelajar adalah dari jumlah 150 orang pelajar dipilih berdasarkan markah kuiz terbaik dalam kumpulan masing-masing. 

Perjalanan mengambil masa 9 jam, bertolak pukul 10 malam pada rabu iaitu 9/10/2013, Sesampainya di Terengganu, kami menunaikan solat subuh di Masjid Rantau Abang. Kemudian Destinasi pertama di Terengganu adalah di Kedai Nasi Dagang popular ( pernah masuk akhbar berkenaan isu kari kepala ikan rm50)
Tepat Pada pukul 9.30 pagi rombongan kami sampai di Muzium terbesar di Malaysia iaitu Muzium Negeri Terengganu. Kami telah disambut oleh Pihak Muzium dengan sedikit taklimat Ringkas.

Pelajar kemudiannya dibenarkan untuk melawat di sekeliling muzium dengan 1 tugasan iaitu mencari fakta menarik sama ada maklumat secara formal atau tak formal. Kumpulan yang mendapat markah paling terendah diingatkan bahawa mereka akan didenda.
Sesi di muzium Terengganu berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada pihak kolej. Rombongan kemudiannya telah singgah di Masjid kristal yang terletak lebih kurang 2 km daripada Lokasi Muzium. Pelajar telah dibenarkan untuk turun dan merasai sendiri pengalaman berlatarbelakangkan Masjid Kristal.

Pada pukul 12 tengahari, kami telah bergerak untuk makan tengahari di tempat makan Popular iaitu E-Nasi Kukus yang terletak di Jalan Kamarudin Kuala Terengganu, Makannannya memang terbaik..

Kami kemudiannya telah bergerak ke Destinasi Seterusnya iaitu Sentuari Penyu Rantau Abang. Rombongan Telah disambut oleh pihak pengurusan dengan taklimat serta tayangan video yang dikendalikan oleh en. Halim. Pelajar kemudiannya telah berpeluang untuk memegang anak penyu yang baru menetas dari sarangnya.
Selesai di Pusat Sentuari Penyu Rantau Abang, kami telah bergerak ke Penginapan di Homestay Mok B. Dalam Perjalanan kami telah Singgah di Pantai Airport ( Pantai Teluk Ketapang) untuk menikmati makanan popular di kawasan tersebut iaitu ICT (Ikan Celup Tepung).

Pukul 6 Petang Rombongan telah sampai dan menginap di Homestay Mok B, Pemiliknya merupakan seorang yang sangat peramah dan bermurah hati. Homestay Mok B mungkin antara pilihan yang sangat tepat bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Terengganu kerana Service, layanan & Harga yang ditawarkan sangat baik.

Pada Malamnya 10/10/2013 kami telah keluar bersiar-siar selepas makan malam dan sempat untuk singgah di I-City Terengganu. Pada Hari terakhir (hari ke-2) Destinasi rombongan telah singgah di tempat wajib bagi orang luar yang datang ke Terengganu iaitu Pasar Kedai Payang. Setelah mencari barang2 yang dikehendaki dan sedikit cenderamata kami telah singgah di kawasan perkampungan Losong untuk membeli Keropok Lekor,

Destinasi Terakhir kami sebelum bertolak balik adalah Noor Arfa Craf Complex, Kami telah disambut dengan pertunjukkan mencanting batik dan dibenarkan untuk melawat galeri selepas itu. Rombongan kami telah bertolak balik pada pukul 2pm pada hari terakhir seperti yang dirancangkan.

Pengajuran lawatan pada setiap semester ini dilihat merupakan sesuatu yang baik untuk dilaksanakan kerana memberi banyak input kepada pelajar dan membenarkan mereka untuk merasai sendiri berkenaan topik yang dibincangkan semasa sesi pembelajaran dalam kelas.

Thursday, September 26, 2013

Senarai Pelajar Ke Trip Terengganu

Pelajar dibenarkan untuk balik terus selepas 2.00pm 11 Oktober 2013

Pemilihan pelajar adalah berdasarkan markah paling tinggi dari kumpulan masing2 & yang tertinggi keseluruhan.. Sebarang perubahan saat akhir tidak dibenarkan.

Wednesday, September 25, 2013

Perlantikan Perdana Menteri & Bukan Melayu

Perlembagaan Malaysia tidak memperuntukan hanya orang Melayu yang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, kaum-kaum lain juga turut berpeluang dilantik sebagai Perdana Menteri jika mendapat undian yang cukup dari anggota parti yang membentuk kerajaan. 

Namun seseorang yang boleh dilantik menjadi perdana menteri perlu untuk memenuhi syarat yang tetapkan dalam perlembagaan termasuk melalui perkenan daripada kuasa budi bicara Yang Dipertuan Agong. Agong boleh memilih untuk tidak melantik calon perdana menteri yang layak atas pertimbangan beliau walaupun calon memenuhi syarat.

Antara syarat untuk menjadi Perdana Menteri calon mestilah PM mestilah Ahli Dewan Rakyat (dipilih melalui pilihanraya) mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat & memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.


Sunday, September 22, 2013

Duti Eksais & Rokok

Duti Eksais merupakan cukai yang dikenakan ke atas barang2 tertentu yang diimport ke Malaysia @ dikilangkan di Malaysia. Barang yang berduti Eksais adalah, Minuman Keras, Rokok (tembakau) & Kenderaan Bermotor

Cukai ini menyumbang sabahagian hasil kepada kerajaan Pusat, Disamping memberi hasil sumber kepada kewangan kepada kerajaan Pusat, Penjualan barang2 seperti Arak dan Rokok dapat dipantau oleh kerajaan dengan adanya lesen Eksais.

Rokok walaupun telah difatwakan sebagai haram Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, namun ia tidak dapat dihentikan penjualannya secara terus kerana faktor ketagihan perokok yang memungkinkan kemarahan pengguna dan kerana sumbangan hasil cukai rokok juga sebenarnya memberi kelebihan kepada kerajaan pusat,

Kemunculan Rokok E-Cigarette telah menyebabkan isu yang mungkin boleh dianggap sebagai kelakar, Penggunaan rokok jenis ini dianggap sebagai merbahaya dan mempunyai kesan sampingan berdasarkan  fakta yang keluarkan oleh kementerian kesihatan,(melalui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai). Namun kenyataan ini berbeza berbeza dengan apa yang dijelaskan  oleh British American Tobacco yang menjelaskan rokok e-cigarette sebenarnya adalah selamat. Click here


Di England, pengguna disarankan supaya menggunakan rokok E-Cigarette kerana lebih baik dan selamat daripada rokok tembakau kerana perokok hanya menghisap wap air berbanding menghisap asap tembakau. Dan ianya langsung tiada bahan-bahan seperti rokok biasa yang ada macam-macam bahan kimia, racun, nikotin yang berlebihan, tar dan sebagainya. 

Sumber: http://agendasemasa.com/

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan terdiri dari Datuk Bandar @ Yang di-Pertua, bilangannya  tidak kurang daripada 8 dan tidak lebih daripada 24 orang ahli. Ahli-ahli Majlis bertindak sebagai penasihat dan berkeupayaan untuk membuat keputusan. Dilantik oleh kerajaan Negeri.
Ahli yang dilantik ini terdiri daripada penduduk tempatan ahli perusahaan, mereka yang ternama serta layak mewakili kepentingan setempat.  Perlantikan seperti ini bertujuan  untuk memberikan peluang kepada penyertaan penduduk dalam sistem pentadbiran  kerajaan tempatan.

Setiap pihak berkuasa tempatan @ kerajaan tempatan perlu untuk mempunyai Ahli Majlis bagi memastikan perlaksanaan dan keputusan yang dibuat memenuhi keperluan & kepentingan penduduk tempatan. Perlantikan bilangan Ahli telah ditetapkan dalam peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Pekerja yang bekerja dibawah kerajaan Tempatan termasuk Setiausaha bukanlah ahli majlis, contoh pekerja yang dimaksudkan adalah seperti  Pembantu Penguatkuasa N17, Pemandu R3, Pekerja Awam R1, semua itu adalah pekerja yang berkhidmat dibawah kerajaan tempatan. 

Monday, September 16, 2013

Pemilihan Tempat Kajian


Sunday, September 15, 2013

Kemajuan Jepun & Bahasa Inggeris

Jepun tidak menggunakan bahasa Asing (Inggeris) untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada luar. Jepun banyak menterjemahkan maklumat sains daripada pelbagai bahasa eropah ke dalam bahasa jepun dan ini membolehkan ia diajarkan dalam kerangka fikiran dan kosmologi Jepun.

Jepun ialah negara contoh yang jelas membuktikan kesan penggunaan bahasa nasional sebagai alat pembangunan negara. Jepun telah melakukan gerakan penterjemahan besar-besaran, tidak ada satu pun antara negara-negara Dunia Ketiga yang melakukan hal itu. Kejayaan Jepun Juga dapat dilihat dalam penyenaraian Syarikat terbesar dunia. Click Here

Melalui cara penterjemahan ini jepun berjaya mempelajar ilmu pengetahuan daripada barat tanpa dibelenggu cengkaman fikiran dan kosmologi Barat. Ini merupakan faktor membolehkan jepun terus mempertahankan dan memelihara akal-budi dan kerangka fikiran mereka. 
Namun situasi berlainan telah berlaku kepada beberapa buah negara yang menjadikan Bahasa Asing iaitu bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Seluruh benua Amerika Latin, Afrika, India, dan sebahagian benua Asia menggunakan bahasa Inggeris. Negara-negara kelompok ini miskin belaka. 

Bahasa Inggeris ialah bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan India. ini bermakna bahawa India menyampaikan pengetahuan moden kepada rakyatnya melalui bahasa asing. Hal ini sebenarnya telah menyebabkan cerdik pandai india sampai hari ini belum dapat menghasilkan sains dan teknologi mereka sendiri.

Penggunaan bahasa asing (bahasa Inggeris) di negara India tidak dapat menyumbang kepada kemajuan India yang dahulunya negara kuasa ekonomi Asia bersama-sama dengan China, Kini India tertinggal di belakang China Sebagai Gergasi Ekonomi Dunia. Sedangkan kegemilangan bangsa India sangat tua usianya, sejak zaman tamadun di Lembah Indus. Dua agama besar yang lahir di India, iaitu Hindu dan Buddha,

Ini sebenarnya telah terbukti dengan ke mana pun Bahasa Inggeris pergi, ia belum pernah dan tidak pernah membolehkan negara yang meminjamnya membangunkan sains dan teknologi sendiri dengan acuan mereka sendiri. Click Here

Pangkat Darjah Kebesaran Datuk, Tan Sri

Darjah kebesaran ataupun pangkat yang membawa gelaran Datuk merupakan satu gelaran diidam-idamkan oleh kebanyakkan orang. Gelaran yang selalu dikaitkan dengan orang kaya ini mempunyai peringkat dan pangkat yang berbeza mengikut gelaran seperti Tun, Tan Sri, Datuk, dan Datuk Seri,
Kurniaan Pangkat Kebesaran ini sebenarnya adalah hasil kurniaan sama ada daripada Kerajaan Persekutuan (melalui Agong) dan kerajaan Negeri (melalui Sultan @ Yang di-Pertua Negeri). Mereka yang menerima pangkat kebesaran ini biasanya merupakan orang yang mempunyai jasa dan kecemerlangan dalam bidangnya.
Gelaran 'Datuk Seri' biasanya datang daripada kurnian Sultan @ Yang Dipertua Negeri. Pangkat Tan Sri ke atas merupakan pangkat hasil kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pangkat
Darjah
Kelayakan
TUN
SMN
Yang di-Pertua Negeri, Bekas Perdana Menteri, Bekas Timb. Perdana Menteri & Ketua Hakim Negara
SSM
TAN SRI
PMN
YDP Dewan Negara,YDP Dewan Rakyat,Bekas Menteri, Ketua Setiausaha Negara,Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara,Bekas Menteri Besar, Bekas Ketua Menteri,
PSM
DATUK
PJN
Bekas Tim. Menteri,Tim. YDP Dewan Negara/Rakyat, Mufti, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen
PSD

Kaedah Pengiraan Undi Pilihan Raya

Pada Jam 5.00pm iaitu apabila Pusat mengundi ditutup. Ketua Tempat Mengundi (KTM) menutup pintu kotak undi seterusnya menyita dengan tali dan strip plastik SPR. Wakil2 calon dari parti bertanding akan dipanggil untuk menyemak sitaan yang telah dibuat dan menandatangani stiker yang telah disediakan sekiranya berpuas hati dgn sitaan tersebut.
Wakil calon untuk pengiraan undi masuk atau wakil calon telah sedia ada dalam Pusat Mengundi menunjukkan watikah perlantikan dan surat sumpah kerahsiaan.

KTM menyusun perabot bagi tujuan pengiraan undi. KTM akan meminta setiap wakil calon untuk memeriksa setiap kotak yang disediakan bagi tujuan penjumlahan undi iaitu kotak parti yang bertanding, kotak undi yang belum dikira, kita undi ragu dan kotak undi tolak dalam keadaan kosong.

KTM akan membuka sitaan yang dibuat di hadapan setiap wakil calon, seterusnya akan menuang kandungan peti undi kedalam kotak undi belum dikira. kerani Pusat mengundi akan membuka satu persatu kertas undi dan melaungkan apa yang ditanda oleh pengundi. Proses ini dilakukan dihadapan setiap wakil parti yang bertanding.

Kertas yang telah dibuka dan dilaungkan akan dimasukkan kedalam peti yang sepatutnya, samada peti parti politik, atau peti undi ragu atau peti undi tolak. Proses ini dilakukan sehingga kesemua kertas undi di dalam kotak undi belum dikira dibuka sepenuhnya.

Kerani Pusat Mengundi akan mengumpulkan kertas undi dalam kiraan 10 helai setiap ikatan. Kemudian keputusan diperolehi. Proses pengiraan undi ini dijelaskan mengikut kepada pengalaman seorang yang terlibat dengan penjumlahan undi pada pilihanraya ke-13 yang lalu. 

Saturday, September 14, 2013

Cukai Tanah & Kerajaan Negeri

Cukai Tanah ialah cukai yang dibayar kepada Kerajaan Negeri oleh Tuan Tanah melalui Pejabat Tanah sekali setahun. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
Cukai Taksiran (Cukai Pintu) berbeza dengan cukai tanah, kerana cukai taksiran  dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai tanah berwarna kuning & Bil cukai taksiran berwarna biru.

Tuesday, September 10, 2013

China sebagai Gergasi Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi negara china telah menjadikan negara Asia tersebut menjadi gergasi ekonomi dunia mengatasi Amerika. kemunculan China sebagai gergasi ekonomi sangat tidak disenangi dan telah membayangi Amerika Syarikat sebagai Sebuah Kuasa Besar.

China mempunyai sejarah yang panjang, Tamadun yang dipercayai wujud lebih 5000 tahun lalu. Selain pernah menjadi empayar yang besar yang memiliki tamadun yang hebat, China pernah menjadi kuasa ekonomi dunia suatu masa dahulu. Pada kurun ke-15, China merupakan pengeskport tembikar terbesar didunia. Kain sutera juga merupakan barang dagangan mashyur di China.


China mempunyai 1.3 bilion penduduk yang juga menjadikan China sebagai negara yang mempunyai penduduk teramai di dunia. Bilangan tersebut lebih kurang 46 Juta kali lebih banyak daripada penduduk di Malaysia yang mempunyai kapasiti 28 juta penduduk.

Walaupun China belum mencapai taraf menghasilkan produk berteknologi tinggi yang berkualiti seperti Jepun dan Korea Selatan, namun China menjadi destinasi pemasangan terakhir segala komponen yang datang dari negara lain.


Kebanyakkan syarikat besar dunia kini membina kilang pemasangan di China kerana faktor buruhnya yang murah, termasuk kilang pemasangan telefon pintar iphone iaitu kilang Faxconn. China dikenali sebagai negara yang banyak menghasilkan barang ciplak, daripada telefon bimbit, kereta berjanama, jenama franchise  termasuk telur tiruan  juga dihasilkan di negara China




Monday, September 9, 2013

Newater Singapura

Singapura telahpun mengitar semula air kumbahan mereka untuk dijadikan air minuman, ia merupakan proses menghasilkan air baru yang dikenali sebagai NEWater. Apabila mendengar perkataan 'air kumbahan' mungkin ramai yang berasa jijik,  apatah lagi jika untuk dijadikan sebagai air minuman.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Penggunaan Air Baru (Newater). Muzakarah telah memutuskan bahawa air baru Newater adalah bersih dan harus digunakan dari sudut hukum syarak.

Jika air yang terkena najis dirawat dengan dipisahkan najis tersebut daripadanya, maka air tersebut kembali suci lagi menyucikan. Mengitar semula air merupakan satu cara yang bijak dan bersih dalam menguruskan bekalan air.


Singapura telah bergantung kepada sumber air daripada johor buat sekian lama, perkembangan singapura menjadi sebuah negara maju dan moden telah menyebabkan singapura mengambil tindakan menghasilkan sumber air sendiri dengan caranya yang tersendiri. Tindakan singapura ini juga adalah disebabkan oleh faktor strategik keselamatan dan ia tidak boleh bergantung selama-lamanya dengan sumber air dari malaysia.

Air baru (Newater) yang diperkenalkan oleh Singapura dihasilkan menerusi proses pemulihan dan pembersihan ketat bekalan air kumbahan menggunakan teknologi dwimembran.

Terdapat tiga proses utama yang digunakan untuk menghasilkan Newater iaitu Penurasan mikro (Microfiltration), Osmosis Songsang (Reverse Osmosis) dan teknologi Sinaran Ultra-violet Penyahjangkitan (Ultraviolet light disinfection technologies).

Monday, September 2, 2013

Kerajaan Tempatan & Tugas

Kerajaan Tempatan (KT) merupakan sebuah kerajaan yang ditubuhkan untuk mentadbir kawasan penduduk. Contohnya adalah seperti Majlis Bandaraya Melaka, Majlis Perbandaran Seremban & Majlis Daerah Kota Tinggi. KT berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan pentadbiran kawasan kepada penduduk seperti menyediakan kemudahan awam, membina lot-lot parking, memperindahkan kawasan dengan pokok-pokok bunga &taman-taman, membaiki jalan rosak, serta menyediakan khidmat mengangkut sampah dari semasa ke semasa.
Kerajaan ini merupakan kerajaan peringkat ke-3 selepas kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Semua KT berada dibawah kuasa kerajaan Negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puterajaya & Labuan. Ketua untuk KT ini dikenali sebagai Datuk Bandar bagi kawasan yang bertaraf Bandaraya & Yang di-Pertua untuk kawasan bertaraf Bandar serta Daerah. Datuk Bandar ini dilantik oleh YDPA (Agong) bagi Wilayah persekutuan dan oleh Sultan Negeri bagi kawasan lain. Sebelum ini Datuk Bandar & Yang di-pertua dipilih melalui undi pilihan raya namun cara pemilihan ini telah dimansuhkan. Click Here

KT berkuasa dalam membuat undang-undang kecil sendiri seperti larangan penjaja, larang merokok, larangan pengiklanan seperti dipapan tanda, termasuk kesalahan meletakkan kenderaan @ parking. 
KT juga mempunyai autonomi kewangan sendiri iaitu melalui cukai taksiran (cukai Pintu) sebagai sumber utama bagi memastikan kesinambungan pentadbiran dikawasannya. Cukai Tanah tidak termasuk di bawah hasil KT Click Here. Selain itu hasil pendapatan penguasa tempatan ini juga datang daripada lesen kedai makan, pusat hiburan. Selain itu KT boleh mendapat peruntukan kewangan dari kerajaan pusat & kerajaan negeri.

Sunday, September 1, 2013

Teknologi Google Glass

Teknologi kini semakin berkembang maju kehidupan kini lebih menarik dan mudah dengan penghasilan produk2 teknologi terbaru. Google contohnya telah menghasilkan gadget terbaru yang mungkin dinanti-nantikan di seluruh dunia dan produk tersebut dikenali sebagai Google Glass


Disamping canggih ia membenarkan tangan pengguna bebas bergerak pada masa yang sama dapat mengunakan gadget tersebut dengan maksimum. Produk Google ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2012.

Google Glass sendiri sebenarnya merupakan bentuk lain Smartphone. Kacamata Google seperti kacamata biasa namun terdapat tombol navigasi sederhana dengan layar 25 inci dan gambar kualiti HD. Gadget ini mampu merakam video dengan resolusi 720 pixel serta memiliki memori internal sebesar 16GB, 

Keistimewaan Google Glass adalah tidak perlu menggunakan headset, audio dapat didengar dengan bantuan teknologi The Bone Conduction Transducer. Disamping mempunyai fungsi Bluetooth dan Wifi Google Glass merupakan gabungan smartphone yang boleh menerima panggilan, mengirim sms, menunjukkan Map dan memberikan hasil pencarian.


Namun penciptaan Google Glass ini juga dipandang sebagai sebuah ancaman baru yang menjadikan manusia seperti robot dan kurang bersosialisasi. manusia semakin lama semakin kurang berinteraksi secara realiti dan komunikasi adalah lebih banyak menerusi alam maya.

Disamping itu juga ramai pihak menyatakan kebimbangan Google Glass akan disalahgunakan untuk merakam berbagai hal dan melanggar privasi orang lain. Penggunaan gadget yang wearable memungkinkan seseorang mengambil gambar atau video dari orang lain tanpa diketahui. Akibatnya manusia akan semakin hilang privasi mereka.


Terbaru telah berlaku Google Glass digunakan untuk merakam adegan-adegan panas dalam pembikinan video pornografi. Kebolehan untuk mengambil gambar dan merakam video telah disalahgunakan untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Ingin merasai sendiri situasi memakai google glass, sila click pada pautan link ini http://www.google.com/glass/start/how-it-feels/

Sunday, August 25, 2013

jOM kE PANGGUNG wAYANG

Sempena sambutan kemerdekaan pada tahun ini, saya ingin mangajak Pelajar Pengajian Malaysia menyaksikan Filem terbaru TANDA PUTERA di Today’s Mall pada Malam 29 Ogos 2013
Dengan bayaran RM11 bagi setiap orang


1 buah bas akan digunakan untuk membawa anda semua ke sana dengan tempat duduk seramai 30 orang
Siapa yang berminat boleh mendaftarkan nama pada pautan
Seat Terhad kepada 30 orang sahaja .. 
Sape cepat dia dapat..

Friday, August 23, 2013

Trailer Assignment Video Mpw1133

Salam Pengajian Malaysia untuk semua, ini merupakan salah satu video trailer yang sempat dihasilkan salah satu kumpulan pelajar mpw1133 sesi Julai-Dis 2013, saya meletakkan di sini  hanya untuk sekadar tontonan. Tidak diwajibkan untuk kumpulan lain.


Tuesday, August 6, 2013

Amerika Syarikat

Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa besar yang muncul pada Abad ke-20 selepas kejatuhan kekuasan empayar terbesar di dunia iaitu empayar British. Amerika juga merupakan sebuah bekas jajahan British, namun selepas merdeka Amerika telah berkembang menjadi sebagai sebuah  kuasa ekonomi dan ketenteraan yang baru tanpa menoleh ke belakang. Penganalisis politik antarabangsa meramalkan, amat mustahil untuk melihat pengaruh Amerika Syarikat musnah dalam masa 10 tahun daripada sekarang

Kini Amerika merupakan antara gergasi ketenteraan terbesar di dunia selepas negara China dan mempunyai aset teknologi ketenteraan paling canggih. Bom Atom yang dijatuhkan di Hiroshima merupakan Bom Atom Pertama yang digunakan dalam sejarah perang dunia, dan ia membawa kebinasaan sangat dahsyat. Click here

Sebagai anggota tetap dalam PBB Amerika paling banyak menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan resolusi PBB sejak tahun 1972, khususnya terhadap resolusi yang ditujukan bagi Israel. Amerika juga menjadi negara kedua paling ramai penduduk Yahudi selepas negara haram Isreal di Palastin, ia berjumlah 40% dari jumlah populasi Yahudi di seluruh dunia.



Sunday, July 28, 2013

Data maklumat

Jumlah pelajar yang berdaftar setakat ini adalah 145 orang, hanya tinggal 5 orang terakhir masih tegar belum mendaftar, kita tunggu hadiah special daripada saya nanti..