Tuesday, October 23, 2012
Neokolonialisme
Penjajahan Neokolonialisme adalah satu bentuk manipulasi politik kuasa asing yang tujuannya adalah jauh lebih besar iaitu untuk menguasai dan menakluki melalui kewujudan pemimpin boneka
Monday, October 22, 2012
Kota Famosa
Albuquerque pada mulanya bercadang membina kota ini daripada kayu dan
batu, tetapi kemudiannya mengarahkan supaya kota ini dibina daripada
batu sepenuhnya.
Kota Famosa yang kini hanya tinggal pintu kotanya sahaja di kaki Bukit St. Paul yang lebih dikenali sebagai 'Porta de Santiago'. Kota ini berbentuk hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter setebal 2.4 meter di sekelilingnya. Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan pintu utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai.
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Merupakan perjanjian persetujuan penyerahan kawasan – Melaka (Inggeris) Bangkahulu (Belanda)
Belanda mengiktiraf kedudukan Inggeris di Singapura.
Belanda mengiktiraf kedudukan Inggeris di Singapura.
Komunis
Komunis Diasaskan
oleh Karl Marx dan beliau menyebut bahawa agama adalah candu kepada rakyat. Ini telah mengejutkan rakyat Jerman (kemudiannya ditolak rakyat oleh Jerman), beliau menghujahkan agama
dicipta oleh manusia.
Di Tanah Melayu, pengaruh Komunis mula tersebar dengan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada Tahun 1930. Penubuhan ini walaupun cuba untuk menyebarkan pengaruh kepada orang Malayu, kebanyakkan orang Melayu menolak ideologi komunis kerana tidak percayakan ketuhanan dan berunsurkan kekerasan.
Tokoh yang biasa dikaitkan dengan Komunis adalah Chin Peng yang dianggap sebagai orang bertanggungjawab membawa kesengsaraan kepada Penduduk di Tanah Melayu.
PKM @ Komunis dahulunya bukan pengganas di Tanah Melayu. PKM hanya diharamkan pada tahun 1948. Sebelum itu, PKM adalah sebuah pertubuhan yang sah. Dibuktikan dengan ibu pejabat PKM di Kuala Lumpur yang terbuka & boleh dikunjungi siapa saja. Istilah pengganas komunis sebenarnya hanya muncul selepas tahun 1948,
selepas Darurat, atau selepas PKM melancarkan perjuangan bersenjata
menentang penjajah British.
Pengharaman komunis selepas darurat menyebabkan komunis terpaksa kembali ke dalam hutan sama seperti situasi semasa penjajahan Jepun yang menindas kaum Cina. Kekurangan makanan dan ubat-ubatan di dalam hutan telah diatasi dengan licik oleh pihak komunis dengan mewujudkan gerakan rakyat Min Yuen. Kebanyakkan Min Yuen sebenarnya golongan yang diugut dan ditindas.
Negara yang masih memegang ideologi komunis kini adalah
Republik Rakyat Cina, Kuba, Korea Utara, Laos, dan Vietnam.
Kesultanan Sulu
Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke negeri Sabah.
Sunday, October 21, 2012
PAP dalam Malaysia
Pada tahun 1963, Lee Kuan Yew pernah berjanji bahawa PAP tidak akan menyertai pilihan raya Persekutuan dalam masa terdekat. Namun berlaku Penyertaan PAP dalam pilihan raya pada 1964 yang kemudianyan telah menimbulkan masalah bukan sahaja kepada MCA, tetapi kepada UMNO.
Hal ini kerana Parti Perikatan sebelum ini cuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di Singapura. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya
Menjelang Julai 1965, Utusan Melayu melaporkan bahawa PAP menentang
kedaulatan raja2 Melayu, Hak istimewa Melayu, Islam sebagai agama rasmi
& Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Selepas menyertai Malaysia, PAP memenangi Pilihan raya Singapura. kerana Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera, Click Here. Akibat tidak mampu menyelesaikan krisis yang dihadapi, Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Keputusan itu dibuat oleh Tunku semasa beliau sedang dirawat di London.
Lee Kuan Yew berkeras dan cuba untuk kompromi, tetapi tidak berjaya. Lee Kuan Yew mengumumkan pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia di televisyen pada 9 Ogos 1965. Kegagalan penggabungan merupakan pukulan berat kepada Lee Kuan Yew, yang percaya kerana ia penting untuk kewujudan Singapura. Pemisahan ini bukanlah dengan sengaja diadakan dan beliau bukan sengaja memulakan keruntuhan Malaysia.
Lee Kuan Yew juga sebenarnya berhasrat untuk menjadi perdana Menteri Malaysia, Pernah mengajak Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang membentuk negara baru.
Malaysian Malaysia
Konsep Malaysian Malaysia telah dipopularkan oleh tokoh Singapura iaitu Lee Kuan Yew, selepas berlakunya penggabungan Malaysia pada 1963. Tidak boleh dinafikan wujudnya penglibatan secara tidak langsung Lee Kuan Yew dalam mencetuskan peristiwa rusuhan perkauman 13 Mei 1969. Lee Kuan Yew yang terkenal dengan slogan “Malaysian Malaysia” itu telah menimbulkan suasana tegang antara orang Melayu dan orang Cina
Selepas Keluarnya Singapura daripada malaysia, Parti Politik DAP telah ditubuhkan dan ia merupakan lanjutan parti PAP di Singapura, kaum Cina Malaysia meneruskan perjuangan “Malaysian Malaysia” yang telah hasratkan oleh Lee Kuan Yew itu.
Gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP ini terus menerus menyebabkan pergeseran politik antara kaum Cina dan kaum Melayu di Malaysia. Orang Cina Malaysia sebagai warganegara yang sah, mahukan hak yang sama.
Tuesday, October 16, 2012
Animisme
Animisme merupakan kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan roh) orang mati. mereka mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati. Semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian.
Masyarakat Kadazan-Dusun - Dahulunya memegang kepercayaan animisme. Kebanyakan daripada mereka telah memeluk agama Kristian dan Islam.
Masyarakat Kadazan-Dusun - Dahulunya memegang kepercayaan animisme. Kebanyakan daripada mereka telah memeluk agama Kristian dan Islam.
Monday, October 15, 2012
Perak Man
Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Rangka paling lengkap ditemui di Asia, Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Hulu Perak Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging.
Zaman Mesolitik tidak berlaku di Malaysia
Pusat Arkeologi Malaysia, USM membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik kerana alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada Zaman Paleolitik.
Hal ini membuktikan bahawa di Malaysia 'manusianya' mengalami perkembangan yang lebih baik berbanding kawasan lain, kerana perlalatan yang digunakan berusia lebih lama daripada apa yang sepatutnya wujud pada zaman mereka.
Sultan Melaka
Nama Pemerintah
|
Tempoh
|
1. Parameswara (Raja Iskandar Syah) |
1400-1414
|
2. Sultan Mahkota Iskandar Syah |
1414-1424
|
3. Sultan Muhammad Syah (Seri Maharaja) |
1424-1444
|
4. Parameswara Dewa Syah (Raja Ibrahim) |
1444-1445
|
5. Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) |
1445-1459
|
6. Sultan Mansor Syah |
1459-1477
|
7. Sultan Alauddin Riayat Syah |
1477-1488
|
8. Sultan Mahmud Syah |
1488-1511
|
Kejayaan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan utama dunia suatu ketika dahulu disumbangkan juga oleh peranan pemerintah Melaka itu sendiri. Pengasasan Melaka oleh Perameswara merupakan tokoh yang tepat dan sangat membantu membangunkan Melaka kerana beliau merupakan seorang yang berdarah diraja Palembang. Pengalaman beliau sebagai seorang bangsawan Srivijaya membantu dalam mengurus tadbir Melaka dengan baik. Click Here
Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Sultan ini bukan merupakan sultan yang mangkat dijulang, yang mangkat dijulang merupakan Sultan Mahmud Shah III (sultan Johor Ke-10)
Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Sultan ini bukan merupakan sultan yang mangkat dijulang, yang mangkat dijulang merupakan Sultan Mahmud Shah III (sultan Johor Ke-10)
Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
Maklumat Lanjut? click here
Maklumat Lanjut? click here
Sistem Tiket Kredit
Sistem Tiket Kredit merupakan satu cara untuk membawa imigran daripada negara China untuk masuk bekerja di Tanah Melayu. Melalui sistem tiket kredit, bakal imaigran ke TM ini dikumpulkan di kampung-kampung negara China oleh kheh-thau @ ketua. Ketua ini diberikan sejumlah wang bagi setiap imigran yang dibawa,
Imigran perlu membuat perjanjian secara lisan @ bertulis bagi menjelaskan hutang bekerja dengan majikan dalam 1 tempoh tertentu. Imigran dibekalkan tiket yang menunjukkan perlabuhan yang akan tuju mereka serta keterangan sama ada mereka bebas @berhutang. Imigran diletakkan di bawah pengawasan nakhoda @ agensi buruh setelah menerima bayaran dari majikan. Imigran yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai orang tengah sebelum diserahkan pada majikan dengan bayaran tertentu.
Imigran dipanggil sebagai Sin kheh
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
Undang2 Laut Melaka ialah naskhah undang2 @ hukum yang digunakan dalam pelayaran. Ditulis semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud atas permintaan Nakhoda Melaka yang menginginkan hukum pelayaran yang tetap. Antara yang terkandung dalam hukum kanun Melaka ini adalah :
- Menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan.
- Tugas pegawai kapal.
- Langkah keselamatan dalam kapal.
- Tugas anak-anak kapal.
- Penyewaan dan penumpangan kapal dagang.
- Kuasa Nakhoda menjatuhkan hukuman.
Akhbar Melayu Membidas Malayan Union
Berikut merupakan antara 2 akhbar yang lantang menyuarakan dan menyedarkan orang Melayu supaya bangkit dan bersatu menentang Malayan Union (MU). Utusan melayu misalnya pada 12 Oktober 1945 mencatatkan:
“… dari pandangan sepintas lalu dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan Union (MU) itu menguntungkan orang-orang bukan Melayu. Hal ini amat mencemaskan fikiran dan perasaan orang Melayu mengenai hari depan mereka.”
Majlis pula menggesa orang Melayu bangun menentang MU dengan menekankan kesefahaman & kerjasama orang Melayu. Mereka perlu bersatu untuk menumbangkan MU & berusaha mendirikan kerajaan sendiri yang ditadbir oleh anak2 tempatan. Akhbar tersebut juga mendakwa sesiapa yang tidak berkabung bererti menyokong MU dan mereka tidak akan diakui sebagai orang Melayu.
Empayar Brunei
Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya pada abad ke-15 hingga abad ke-17, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya.
Kerajaan Brunei Darussalam adalah negara yang memiliki corak pemerintahan monarki penuh berdasar hukum islam dengan Sultan yang menjadi sebagai Ketua Negara dan Kepala Pemerintahan, merangkap sebagai Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dengan dibantu oleh Dewan Penasihat Kesultanan dan beberapa Menteri.
Sultan Hassanal Bolkiah ialah kepala negara serta pemerintahan Brunei. Baginda dinasihati oleh beberapa majlis dan sebuah kabinet menteri. Brunei tidak memiliki dewan legislatif, namun pada bulan September 2000, Sultan bersidang untuk menentukan Parlimen yang tidak pernah diadakan lagi sejak tahun 1984. Parlimen ini tidak mempunyai kuasa selain menasihati sultan.
Kemakmuran
yang dinikmati warga Brunei, menjadikan negara itu memiliki kestabilan politik
dan ekonomi yang tinggi. Selain itu, majoriti masyarakat juga cenderung tidak
berpolitik. Mereka menyerahkan berbagai urusan pada negara di bawah
kepemimpinan Sultan Hassanal Bolkiah. Disebabkan oleh pemerintahan mutlak Sultan, Brunei menjadi salah satu negara yang paling stabil dari segi politik di Asia.
Fakta Menarik tentang Brunei? Check this Out
Angin Monsun
Angin Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac
Angin monsun barat daya kebiasaannya datang pada bulan Mei berakhir bulan September
Angin monsun barat daya kebiasaannya datang pada bulan Mei berakhir bulan September
Saturday, October 13, 2012
Dasar bumi hangus & Jambatan Kota Tinggi
British pernah mengebom jambatan Kota untuk menyekat kemaraan Jepun.. Tapi jangkaan British Meleset & itu merupakan 1 kesilapan kerana Jepun melalui Pekan Endau dan terus ke Johor Bahru tanpa melalui Kota Tinggi.
Monday, October 8, 2012
Dinasti Manchu
Dinasti Manchu telah memerintah negara China dari tahun 1644 - 1911. Orang Manchu bukanlah orang Cina sebenar. Mereka merupakan pemerintah asing yang berjaya menakluki dan mentadbir negara China
Dinasti Manchu menguatkuasakan 'perintah tocang' yang memaksa semua orang Han untuk mengamalkan tocang Manchu serta memakai pakaian gaya mereka. Masyarakat Manchu mempunyai gaya rambut yang istimewa. Mereka menggunting semua rambut di bahagian depan kepala dan menjadikan rambut di bahagian belakang kepala sebagai tocang yang panjang.
Seminar Karya Agung 13/10/12
Bertempat di Kota Tinggi
Sape2 student Mpw yang berminat sila PM saya..
5 Orang sahaja..
Dapat elaun Makan Rm13
Dapat markah T.T.H
Termasuk sijil..
Sape2 student Mpw yang berminat sila PM saya..
5 Orang sahaja..
Dapat elaun Makan Rm13
Dapat markah T.T.H
Termasuk sijil..
Saturday, October 6, 2012
Lawatan Ke Melaka
Pada semester ini, 'unit' pengajian Malaysia KPMBP telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Melaka & Port dickson selama 2 hari 1 malam iaitu pada 18-19 September 2012
Lawatan ini melibatkan seramai 36 orang pelajar semester 5 KPMBP, iaitu menggabungkan pelajar DIA dan DLM dengan pemilihan pelajar melalui pencapaian markah tertinggi kuiz 1,2,3 mengikut kumpulan masing-masing.
Semasa lawatan di Melaka pelajar telah diberi tugasan mengikut check point masing-masing yang wajib untuk dilawati iaitu A Famosa, Muzium Samudera, Muzium Demokrasi, Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Cris Church, Muzium Kesultanan Melayu Melaka.
Pelajar juga disyaratkan untuk melawati tempat tersebut dan mengisi report fakta menarik yang mereka dapati daripada lawatan ke tempat-tempat yang telah diwajibkan, mereka juga perlu bergambar dengan trademark kawasan sebagai bukti melawat setiap tempat tersebut. Setiap kumpulan juga diwajibkan untuk menghantar video clip yang dibuat semasa sesi lawatan
Ini Adalah salah satu video yang dihasilkan oleh pelajar yang mengikuti lawatan tersebut
Lawatan telah bermula pada pukul 9.00 pagi setibanya rombongan di Bandar Hilir Melaka, pelajar ditugaskan untuk menyiapkan tugasan dan berkumpul semula pada pukul 3.00 petang di Dataran Pahlawan. Rombongan lawatan kemudiannya bermalam di Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Masjid Tanah yang terletak 30 km dari bandar hilir melaka.
Rombongan lawatan ke Melaka ini dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk dilaksanakan kerana mendedahkan kepada pelajar tentang tempat-tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati, disamping memberi pendedahan baru kepada pelajar ia juga dapat meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan dengan topik yang telah dibincangkan sewaktu sesi pembelajaran di dalam kelas.
Dasar Apartheid Afrika Selatan
Apartheid bermaksud penyisihan dalam bahasa Afrikaans. Di Afrika Selatan, Apartheid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih.
Dalam dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.
Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.
Dasar Apartheid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.
Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia.
Kalendar Cina
Kalender Cina diwujudkan pada 2637 SM oleh Kaisar Huang Ti, Hal ini diyakini bahwa Buddha mengundang semua binatang untuk merayakan Tahun Baru bersama Buddha, tetapi hanya 12 haiwan yang datang. Sebagai imbalan, Buddha menamakan tahun masing-masing sesuai dengan urutan di mana haiwan tiba, dengan tikus yang pertama dan babi yang terakhir.
Senaman Yoga berasal dari Hindu
Senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.
Dr Wan Hashim Wan Teh
Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh merupakan bekas pensyarah UKM. Pada tahun 2004, beliau telah dicalonkan mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 bagi parlimen Gerik.
Kini beliau merupakan pensyarah di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Perayaan Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun. Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm.
Perayaan Thai Pongal
Hari Thai Ponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu & Sri Lanka. Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah". Secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.
Kaum Sikh
Perkataan Sikh asalnya bahasa Punjabi yang diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu Sishya bermaksud pengikut atau penganut. Di Malaysia, majoriti penganut Sikh berketurunan Punjabi, Ipoh menjadi titik tolak perkembangan Sikh di Malaysia terutama dengan penubuhan sebuah pertubuhan kaum Sikh tertua,
Apa kaitan mereka dengan Benggali? Penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ketika itu dengan menaiki kapal dari sebuah pelabuhan di Bangla, India sekali gus semua yang datang dari lokasi itu digelar Benggali.
zmasyarakat sikh mudah untuk dikenali berdasarkan wajah kerana mereka mempunyai kulit cerah sedikit berbanding mereka dari selatan India. Paling mudah untuk mengecam mereka ialah melalui identiti pakaian iaitu serban untuk lelaki dan pakaian Punjabi
Sikh ini sebenarnya mempunyai pegangan sangat kuat dan perlu dipatuhi terutama membabitkan lima K iaitu Kes (rambut tidak dipotong), Kirpan (pisau seperti sabit), Kara (gelang besi), Kanga (sikat) dan Kachhera (seluar pendek seperti cawat). Jika satu daripada 5 perkara itu tidak dipatuhi, penganut Sikh itu boleh dikatakan ‘murtad’ atau terkeluar daripada agamanya.
Hari Vesakhi adalah hari perayaan orang-orang Sikh. Ia dirayakan pada 13hb April tiap-tiap tahun bagi mengingati hari agama hari agama Sikh diasaskan. Ia juga merupakan hari tahun baru bagi masyarakat Sikh. Bagi kebanyakan lelaki Sikh, mereka menggunakan hujung nama Singh manakala wanita pula menggunakan Kaur.
Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak . Kitab agama mereka diberi nama "Granth Sahib".
Perayaan Kuih bulan
Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol
Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung,
Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina.
Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.
Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Perayaan Hantu Lapar
Orang Cina percaya bulan tujuh dalam kalender orang cina, pintu neraka
hantu akan buka, semua hantu-hantu dapat keluar dari neraka hantu selama
sebulan. Oleh itu, orang Cina mengadakan upacara sembahyang hantu
dengan makanan dan minuman, harap hantu-hantu yang menderita(mungkin
ibubapa atau saudara saudari, kawan yang meninggal dunia)dalam Neraka
Hantu boleh menikmatinya. org2 cina duk bkr2 n ltk mknn kt tepi2 jln
http://chineseformuslim.blogspot.com
http://chineseformuslim.blogspot.com
Perayaan Ching Ming
Hari Ching Ming jatuh pada 5 April setiap tahun mengikut kalender Cina. Ching Ming bermaksud jernih dan terang. Tujuan utama Ching Ming adalah untuk anggota keluarga berkumpul dan mengeratkan tali persaudaraan dan silaturahim mereka sambil mengingati nenek moyang mereka.
Kaum cina akan menyambut perayaan Ching Ming ni dengan melawat kubur, memberi makanan dan sembahyang untuk orang yang dah mati. Tentang makanan yang banyak tu, selalunya lepas sembahyang, mereka akan makan makanan tu.
Kaum cina akan menyambut perayaan Ching Ming ni dengan melawat kubur, memberi makanan dan sembahyang untuk orang yang dah mati. Tentang makanan yang banyak tu, selalunya lepas sembahyang, mereka akan makan makanan tu.
Chap Goh Mei
15 hari selepas Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.
Amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa dilakukan untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan akan diadakan waktu malam seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina,
dan mengimbang bendera besar "Chingay".
Agama Confucianisme & Taoisme?
Confucianisme merupakan fahaman dan bukan agama. Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme dan Taoisme bukannya agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan tetapi adalah agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya.
Confucianism merupakan sistem tingkah laku beretika dan tanggungjawab sosial yang berkembang secara beransur-ansur dan telah menjadi sesuatu yang terbaik dalam tradisi pemikiran di timur.
Confucianisme | Taoisme |
---|---|
Confucianisme adalah berkenaan dengan Li seperti ketaatan, penghormatan, tatasusila, kasih sayang, kepatuhan kepada peraturan sosial dan sebagainya. | Dalam ajaran Tao pula mementingkan alam semesta. |
Confucisnisme adalah yang disanjung oleh golongan yang terpelajar dan pegawai-pegawai kerajaan, | manakala Taoisme hanya mendapat sambutan daripada kalangan penduduk di kawasan terpencil |
Tarian Manora
Manora berasal dari katogeri drama tari kerana ia merupakan satu tarian yang ditarikan dengan membawa satu penceritaan. Manora bererti mendatari, pembaca, puisi, pemimpin, kumpulan @ pelakon @ penari persembahan tersebut.
Joget Gamelan
Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Perkataan "gamelan" berasal dari Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang
Hindu, Hukum Karma & Veda
Agama pertama di dunia yang direkodkan iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Juga
merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.
Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat,
Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang dilakukan. Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.
Agama Hindu mempunyai kitab suci mereka sendiri yang dikenali sebagai Kitab Veda. Veda bermaksud ilmu dalam bahasa Sanskrit, Himpunan Veda dianggap oleh agama Hindu sebagai kitab paling suci.
Rig Veda dianggap tertua dan paling penting bagi kitab-kitab Veda, dikarang antara 1500 SM
Sama Veda mengandungi not-not muzik dan nyanyian pujian di kuil ketika sembahyang dan doa.
Yajur Veda mengandungi rumusan korban atau mantera suci ketika acara korban
Atharva Veda
mengandungi peraturan-peraturan pendeta, rumusan-rumusan sihir,
kaedah-keadah perubatan, mantera-mantera, kuasa ghaib dan sihir-sihir
untuk perlindungan diri
Subscribe to:
Posts (Atom)